IZINKAN AKU MERINDUIMU
Oleh Lia Alia
Sahabatku,
Andai masa yang ada ini
telah kita persia-siakan
Mungkin esok kesempatan itu
tidak akan dapat kita kecapi lagi.
Selagi nafas ini masih bersisa
ku harap janganlah dipendam
amarah di ruang hatimu
Kerana apa yng terjadi ini
hanya sekadar untuk menguji
dan untuk mencari
di mana kelemahan kita.
Ku akui sahabatku,
Sememangnya aku tidak layak
untuk menongkat bumbung langit ini
Juga tidak termampu mengorak lantai bumi ini dengan permaidani yang cantik
agar kau akan bisa tersenyum
apabila berada di sampingku.
Mohon maaf andai aku tidak layak
menjadi sahabat yang baik buatmu
Kerana aku sudah mencacatkan
apa ysng sudah terjalin indah
Dan sudah pasti kesannya telah
membuatkan sekeping hati
berulam duka.
Kini apa yang aku harapkan
agar usia ini akan terus berpanjangan
agar nafas ini masih betah bertahan
Kerana aku tidak mahu berhenti menjagamu
walau hanya dalam sujudku.
Terima kasih sahabatku
kerana pernah hadir dalam hidupku
Ternyata semuanya indah untuk ku kenang
walau apa yang pahit harus ku lupakan
Kerana bagiku setiap keindahan itu
tifsk akan pernah kalah oleh sebarang kecacatan.
Sahabatku,
Izinkan aku untuk merindui
Merindui ukhuwah yang telah lama terjalin ini
Dan merindui kenangan kita bersama
Semoga Allah menjagamu dalam setiap doaku
Sekiranya tiada lagi doa dari sahabatmu ini
Mungkin aku sudah tiada lagi di legar bumi ini
Dan sekiranya aku hanya diberi satu pilihan
tidak perlulah doa yang kau panjatkan
kerana aku hanya akan memilih ruang kemaafan darimu....
Puisi Izinkan Aku Merinduimu
Advertisement