Maaf,
Kerna dulu aku tidak menghargai,
Betapa dekat dirimu dan hati ini,
Kerna aku tidak tahu ianya bererti,
Namun dari situ aku pelajari,
Makna berdikari dan erti pengorbanan ini
Maaf,
Bilamana dulu sewaktu kau pergi
hati ini pernah mati,
Apabila khabaran itu aku dengari
ku amati dan aku fahami,
Mengapa dulu harus ku biarkan semua ini terjadi pada hari ini,
Kerana aku tau kau bertindak menjaga hati
Maaf,
Kiranya aku kembali ini mengundang hina dan keji,
Tapi niatku tidaklah lain dari meneliti dari apa yang terjadi
Janjimu dulu akan sentiasa bahgia
Janjimu dulu takkan sakit hati
Janjimu dulu takkan sedih dan sepi
Namun kini semua itu yang kau alami
Maaf,
Andai coretan ini mengguris hati
Maaf,
Andai coretan ini tidak disenangi
Kerna hanya aku yang mengeri
Apa yang terkandung dalam hati mu saban hari...
Dan untuk kali ini izinkan aku berdiri disisi
Berikan aku tanda yang menyenangkan hati
Luahkanlah apa yang dikehendaki
Ceritakanlah apa yang sering terjadi
Agar dapat aku menjadi orang yang kau hargai
Biar tenang kiranya tiba masa untuk ku pergi nanti...
Oleh Fizi Mohd
Puisi Maaf
Advertisement